Nota Sumbangan Tokoh & Pertubuhan

                                    BAHASA MELAYU MODEN - SUMBANGAN TOKOH DAN PERTUBUHAN

    Usaha untuk meninggikan martabat Bahasa Melayu telah dilakukan oleh beberapa individu dan pertubuhan tertentu. Hal ini turut dibantu oleh perkembangan kesusateraan Melayu yang menyerlah dan diterajui oleh cerdik pandai lulusan sekolah Melayu dan Arab.

Sumbangan Tokoh

     (a) Zainal Abidin bin Ahmad (16.9.1895 hingga 23.10.1973)
       ~ Lebih dikenali sebagai Pendeta Za'aba.
       ~ Dilahirkan di Seremban.
       ~ Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Bahasa Melayu dan Arab dari Universiti London.
       ~ Kerjaya sebagai guru Bahasa Melayu bermula di English College, Johor Bahru.
       ~ Pernah menjadi penterjemah di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Pejabat Pelajaran Negeri-Negeri, Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim dan Penterjemah Kanan di Pejabat Pelajaran, Kuala Lumpur.
       ~ Pernah menjadi pensyarah bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies di London dan Pensyarah Kanan di Universiti Malaya, merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Singapura.
       ~ Menubuhkan Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris bersama-sama dengan pengetuanya, O.T. Dussek dan penasihat Persaudaraan Sahabat Pena semenjak penubuhannya sehinggalah 1942.
       ~ Menghasilkan beberapa buah buku tentang peraturan Bahasa Melayu yang dijadikan rujukan utama ahli bahasa selepasnya.

         (i) Ilmu Mengarang Melayu
             ~ Mengandungi 16 bab
             ~ Hal-hal mengarang, gaya bahasa Melayu dan bukan Melayu, pemindahan bahasa, ragam bahasa, peribahasa, puisi dan prosa, kata-kata pinjaman daripada bahasa asing serta logat daerah.

         (ii) Pelita Bahasa Melayu I
             ~ Membicarakan nahu Melayu dalam tulisan Rumi

         (iii) Pelita Bahasa Melayu II
             ~ Membuat huraian tentang karang-mengarang bagi peringkat rendah

         (iv) Pelita Bahasa Melayu III
             ~ Membuat huraian tentang karang-mengarang bagi peringkat tinggi

         (v) Daftar Ejaan Melayu
             ~ Memuatkan daftar perkataan Melayu dengan ejaan Jawi dan Rumi, serta peraturan ejaannya.

       ~ Diberi gelaran Pendeta dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru, gelaran Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
       ~ Dianugerahi bintang Palingma Mangku Negara yang membawa gelaran Datuk da kemudian Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong.

     (b) Mohd Asraf bin Hj. Abd. Wahab (11.6.1927 hingga 6.11.1999)

       ~ Dilahirkan di Kampung Asam Jawa, Kuala Selangor.
       ~ Memperoleh pendidikan di Sekolah Melayu di kampungnya, High School Klang, Batu Road School, Kula Lumpur dn Victoria Institution.
       ~ Pernah menjadi pemberita dan anggota Sidang Pengarang di Utusan Melayu, Singapura, kemudian menjadi pengarang, ketua pengarang dan pengurus di Oxford University Press.
       ~ Pernah bertugas sebagai perunding, pengurus redaksi, dan pengarah eksekutif firma McGraw Hill Far Eastern Publisher dan kemudian menubuhkan syarikat penerbitan sendiri, Analekta Sdn. Bhd..

       ~ Dianugerahi Ijazah Sarjana Sastera Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa Seanjang Masa oleh Persatuan Linguistik Malaysia.

Comments