https://pppnukm.files.wordpress.com/2013/01/pengukuhan.pdf
PRAKTIS 7
1. memelihara
Umat Islam diingatkan supaya memelihara lidah daripada perbuatan mengumpat.
2. memulihara
Kerja-kerja memulihara alam sekitar kita akan menjadi lebih mudah jika mendapat kerjasama daripada semua pihak.
3. menambah
Amira menambah sedikit gula untuk masakkannya kerana rasanya yang masin.
4. menambak
Mereka menambak tebing sungai dengan tanah.
5. menjirus
Hayati menjirus badannya dengan air untuk menghilangkan panas.
6. menjurus
Soalan itu menjurus kepada soalan berbentuk pilihan.
PRAKTIS 8
1. lukis
Dia suka lukis pemandangan yang indah-indah
2. melukis
Adik melukis gambar rama-rama pada kertas A4 itu.
3. melukiskan
Rencana itu melukiskan penderitaan yang dialami rakyat.
4. terlukis
Terlukis dalam kepalanya kesibukan kota London itu.
5. lukisan
Lukisan Menara Kuala Lumpur itu memenangi hadiah tempat pertama.
6. dilukis
Potret Puan Aminah itu dilukis sendiri oleh anak lelakinya.
PRAKTIS 9
1. bunga
(i) Amrita menanam pokok bunga untuk mencantikkan kawasan kampung.
(ii) Pinjaman itu telah dikenakan bunga sebanayk lima peratus.
2. haus
(i) Kanak-kanak itu meminta air kerana sangat haus.
(ii) Batu itu telah haus dimakan air.
3. gugur
(i) Buah durian sudah mula gugur kerana sudah tiba musimnya.
(ii) Dia gugur sebagai pahlawan negara.
PRAKTIS 10
1. tembok - tembuk
(i) Penduduk-penduduk pantai itu membina tembok batu untuk menahan hakisan.
(ii) Beberapa biji durian yang gugur itu sudah tembuk kerana dimakan tupai.
2. telur - telor
(i) Ada sepuluh biji telur ayam di dalam bakul itu.
(ii) Apabila mendengar telor percakapan gadis itu, saya agak dia berasal dari Perancis.
3. tempoh - tempuh
(i) Para peserta dikehendaki menghabiskan larian itu dalam tempoh 90 minit.
(ii) Semasa mendaki gunung itu, pelbagai halangan terpaksa kami tempuh.

Comments
Post a Comment