Latihan Surat Rasmi

Nota Tambahan - https://pppnukm.files.wordpress.com/2018/04/nota-perkembangan-bahasa-melayu.pdf

Latihan m/s 119 - Soalan 1

Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak universiti dianggap memuaskan dan terbaik setakat ini. Namun terdapat beberapa perkara yang belum mencapai tahap kecemerlangan khususnya berkaitan dengan pelajar. Andaikan anda sebagai wakil pelajar, ingin memaklumkan perkara tersebut kepada pihak universiti. Tuliskan surat tersebut selengkapnya.



Nurul Syaza Adriana binti Norimran,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600, Bangi
Selangor.                                                                                                                                                   Tarikh: 4 April 2018
________________________________________________________
Profesor Adrian (Dekan Pelajar)
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor.

Tuan,

Tahap Kecemerlangan Pelajar

Saya, sebagai wakil pelajar ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang beberapa masalah yang berlaku di sekeliling universiti berkaitan dengan disiplin pelajar.

2. Saya ingin menyatakan bahawa kelakuan pelajar adalah lain ketika berada di hadapan dan belakang guru. Mereka menggunakan bahasa sopan ketika berada di hadapan guru, namun menggunakan bahasa-bahasa yang kesat dan tidak sopan ketika berada di hadapan guru.

3. Kes buli juga berlaku di kawasan universiti di mana kebiasaannya pelajar senior akan membuli pelajar junior. Bukan sahaja berlaku di kalangan lelaki, namun di kalangan perempuan berlaku juga yang mana sangat memalukan bagi kaum hawa kerana ada segelintir yang berperangai tidak ubah seperti lelaki.

4. Para pengawal yang telah diletakkan oleh pihak universiti di setiap pondok keselamatan dan pintu masuk universiti tidak menjamin keselamatan para pelajar. Ini disebabkan, para pengawal yang bertugas pada waktu malam akan tidur di pondok keselamatan. Ini membuatkan persekitaran universiti tidak selamat, lebih-lebih lagi di kolej kediaman pelajar perempuan.

5. Walau bagaimanapun, segala kemudahan dan kesenangan yang disediakan oleh pihak univeristi amat memuaskan dan telah membantu kami dari banyak segi. Kami berterima kasih untuk itu.

6. Begitulah makluman daripada saya. Diharap agar pihak tuan akan dapat memberikan kerjasama dengan secepat mungkin, agar perkara ini tidak berlarutan sehingga menjejaskan kehidupan pelajar serta nama baik Universiti Kebangsaan Malaysia.


Sekian sahaja dan disudahi dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,


               Syaza
…………………………………………
(Nurul Syaza Adriana binti Norimran)

Wakil pelajar,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor.

Comments