https://pppnukm.files.wordpress.com/2013/01/pengukuhan.pdf
PRAKTIS 1
1. seniman
P. Ramlee merupakan salah seorang seniman yang teragung di Malaysia dengan pekerjaannya yang dilakukannya sebagai seorang penyanyi dan seorang pelakon.
2. budiman
Aris seorang budiman kerana dia selalu menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.
3. hartawan
Puan Mazlina menjadi seorang hartawan selepas memenangi cabutan bertuah bernilai RM10, 000, 000.
4. karyawan
Tun Sri Lanang banyak menghasilkan karya yang terunggul selaku tugasnya sebagai seorang karyawan tersohor.
5. peragawati
Peragawati yang jelitawan itu sedang memperagakan rekaan baju yang terbaru di pasaran.
6. olahragawati
Ain dinobatkan sebagai olahragawati sewaktu hari sukan kerana memperolehi lima emas dan dua perak dalam pelbagai acara.
PRAKTIS 2
1. nama
Adlina merupakan nama yang diberikan oleh Puan Aini dan Encik Imran kepada cahaya mata pertama mereka.
2. bernama
Baginda telah memanggil seluruh tabib yang bernama dalam kerajaan untuk mengubati puterinya.
3. ternama
Penyanyi yang ternama di seluruh dunia itu telah mengadakan konsert di Stadium Bukit Jalil.
4. menamakan
Gustave Eiffel menamakan bangunan yang dibinanya sempena namanya, iaitu Eiffel Tower.
5. kenamaan
Orang kenamaan perlu sentiasa menjaga tingkah laku mereka kerana mereka sentiasa diperhatikan oleh pihak media.
6. penamaan
Penamaan calon bagi piliharan raya Dewan Undangan Negeri kawasan Sepinang akan dilakukan pada hari esok.
PRAKTIS 3
1. reda - redah
(a) Pasukan penyelamat perlu menunggu ribut taufan reda terlebih dahulu untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam feri.
(b) "Jangan redah sahaja kawasan hutan itu kerana ada laporan bahawa terdapat binatang buas di situ," pesan Pak Abu kepada anggota pasukan pengakap.
2. paras - parau
(a) Paras air telah naik dengan mendadak sejak semalam disebabkan hujan lebat yang turun tidak berhenti.
(b) Penyanyi lelaki itu bersuara parau namun merdu didengar.
3. kerat - kelat
(a) Nenek telah menyediakan beberapa kerat ayam untuk memasak rendang.
(b) Sepat itu rasanya kelat kerana menggunakan pisang yang belum masak sepenuhnya.

Comments
Post a Comment