Nota Tokoh-tokoh Bahasa Melayu

https://pppnukm.files.wordpress.com/2018/04/tokoh-tokoh-bahasa-melayu.pdf

Pengenalan

     ~ Bahasa Melayu tersebar dengan cepat apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957.
     ~ Bahasa Melayu mempunyai dua tugas besar.
     ~ Pertama, menjadi bahasa pentadbiran dan kedua, menjadi bahasa pengantar pendidikan.

Tokoh-tokoh zaman Bahasa Melayu Pramoden


     1. Sheikh Daud Abdullah
        ~ Menghasilkan sebuah buku berjudul Fur u'al-masa'il, karya terjemahan daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu.

     2. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi
        ~ Dikenali sebagai Abdullah Munsyi
        ~ Dilahirkan di Kampung Masjid, Melaka.
        ~ Banyak menghabiskan masa di Singapura kerana mengajar Bahasa Melayu kepada orang-orang Inggeris.
        ~ Karya-karya dan penulisan yang dihasilkan :
            1. Syair Singapura Terbakar (1830)
            2. Kisah Pelayaran Abdullah (1838)
            3. Hikayat Abdullah (1849)
            4. Kisah Pelayaran Abdullah ke Jeddah (1854)
            5. Dewa ul-Khulub (1883)
            6. Majalah Bustan Ariffin

     3. Raja Ali Haji (1809-1870)
        ~ Nama sebenar ialah Raja Ali Haji Ibni Raja Haji Ahmad.
        ~ Terkenal sebagai ulama serta sasterawan Melayu.
        ~ Mmepunyai latar belakang pendidikan Arab, namun masih mengekalkan unsur Bahasa Melayu klasik.
        ~ Karya-karya penulisan merangkumi banyak aspek seperti agama, bahasa, sastera, sejarah dan undang-undang. Antaranya :
            1. Bustanul-Katibin Lissubyanii-Muta'alimi/Kitab Perkebunan Jurutulis bagi Kanak-kanak Yang Hendak Menuntut Belajar Akan Dia (1857)
            2. Kitab Pengetahuan Bahasa (1858)
            3. Kitab Silasilah Melayu dan Bugis dan sekalian Raja-rajanya
            4. Taufatul Nafis/Hadiah yang Bernilai
            5. Syair dan Pantun
            6. Karya Undang-undang

Comments