Sambungan Latihan Pengukuhan

https://pppnukm.files.wordpress.com/2013/01/pengukuhan.pdf

PRAKTIS 4

1. menjahit
    Kakak telah menjahit sehelai baju sejuk untuk  ibu sempena hari jadinya.

2. menyulam
     Kak Amni telah menyulam bunga-bungaan pada kain tersebut.

3. mengait
    Abang mengait buah rambutan menggunakan sebatang galah.

4. mengayam
     Nenek suka mengayam tikar mengkuang ketika masa lapang. 

5. memilin
     Pekerja itu memilin tali daripada batang pisang yang telah dikeringkan.

6. menyirat
     Ketika musim tengkujuh, para nelayan menyirat jala.

PRAKTIS 5

1. gamat
    (a) Lai meletakkan minyak gamat pada luka tersebut setelah dibasuh.
    (b) Dewan Rakyat gamat dengan suara penduduk tempatan.

2. diam
    (a) Semua pelajar menjadi diam apabila Guru Besar masuk ke dalam kelas.
    (b) Disebabkan keadaan keluarganya yang miskin, Arif diam di kawasan pedalaman.

3. bidang
    (a) Abang telah melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.
    (b) Nina membeli tudung bawal hitam bidang 50 dengan harga RM15.

PRAKTIS 6

1. bekalan
    Kami telah membawa bekalan ke sekolah agar dapat menjimatkan perbelanjaan.

2. pembekal
    Pembekal barangan keperluan di kawasan itu telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana telah menyorot barangan itu untuk menaikkan harga.

3. membekalkan
    Ibu tua itu hanya membekalkan nasihat dan pesanan kepada anaknya yang ingin berhijrah ke kota.

4. menaiki
     Dia menaiki bas ke sekolah setiap hari memandangkan kedua ibu bapanya tidak dapat menghantarnya.

5. kenaikan
     Kita perlu berjimat cermat untuk menghadapi kenaikan harga barang keperluan.

6. menaikkan
     Nizam menaikkan bendera Malaysia ketika lagu Negaraku dinyanyikan.

Comments